1. Handing over of PERNAMA Annual Grant to Bahagian Perkhidmatan Pergigian ATM

Thursday, 24th March 2011 – Handing over of PERNAMA Annual Grant to Bahagian Perkhidmatan Pergigian ATM. The occasion was held at PERNAMA Head Office, Bukit Raja Klang. The RM50,000.00 cheque was handed over by PERNAMA’s General Manager, Datuk Ab Wahab Khalil. The amount was to sponsor yearly maintenance of the ATM Mobile Dental Unit. It was received by ATM Dental Director Mej Jen Dato’ Dr Sukri Hussin

PERNAMA started giving the grant since 2003. This is the 8th consecutive year. PERNAMA initially gave RM25,000.00, but increased it to RM50,000.00 since 2010.

 






2. Membuka Peluang Mengendalikan 7 Eleven Untuk Pesara Tentera

22 Disember 2009. 7-ELEVEN (M) Sdn Bhd (7-Eleven), pemilik dan pengendali rangkaian kedai 7-Eleven di seluruh negara, memeterai kerjasama dengan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) untuk menawarkan peluang perniagaan kepada sekurang-kurangnya 100 pesara tentera menerusi sistem francais tang ditawarkan untuk kedai serbaneka terkemuka itu.







3. PERNAMA fM Ke Udara Melalui Internet

9 Disember 2009, Kementerian Pertahanan. Telah berlangsung Majlis Pelancaran PERNAMA fM yang dirasmikan oleh YBHG LAKSAMANA TAN SRI DATO' SRI ABDUL AZIZ BIN HJ JAAFAR, PANGLIMA TENTERA LAUT MERANGKAP PEMANGKU PANGLIMA ANGKATAN TENTERA. PERNAMA fM adalah sebuah stesen radio internet yang, antara lain bertindak sebagai:

a. Memberi hiburan secara berterusan kepada warga awma dan khusus untuk warga ATM didlam dan diluar negeri.
b. Menghantar dedikasi dan permintaan lagu-lagu untuk rakan samada warga atau bukan warga ATM yang berada didalam negeri atau diseberanglaut.
c. Mendengar berita dan aktiviti yang berkaitan dengan ATM
d. Sebagai komunikasi dua hala untuk anggota ATM menyuarakan komen atau pendapat yang boleh dikongsi bersama.
e. Landasan untuk jaringan sosial seperti twitter and facebook, sementara memudahkan capaian untuk video terpilih dari You Tube dan sebagainya.
f. Kemudahan yang cepat untuk membeli barangan PERNAMA dari internet , yang disediakan melalui eMart dan juga eCatalogue
g. Landasan E-Buy yang dosediakan untuk semua warga ATM dan orang awam untuk ingin mempromosikan barangan yang mereka ingin jual atau beli.

 






4. Penyerahan Kalendar PERNAMA 2010 Yang Melambangkan Sejarah ATM

9 Disember 2009, Kementerian Pertahanan: Telah berlangsung Majlis Penyerahan Kalendar PERNAMA 2010 yang drasmikan oleh YBHG LAKSAMANA TAN SRI DATO' SRI ABDUL AZIZ BIN JAAFAR, Panglima Tentera Laut Merangkap Pemangku Panglima Angkatan Tentera. Turut dihadiri oleh YBHG Jen Tan Sri (Dr) Mohamed Has...him Bin Ali, Pengerusi PERNAMA. YBHG Jen Dato' Sri Rodzali Bin Daud, Panglima Tentera Udara dan Datuk Ab Wahab Khalil, Pengurus Besar PERNAMA.







5. PERNAMA Terkini Di Sepanggar

Warga ATM di Kem Sepanggar kini boleh membeli belah barang runcit pada harga yang sama dengan warga ATM di Semenanjung, kata Datuk Ab Wahab, Pengurus Besar PERNAMA. Majlis perasmian kedai PERNAMA di Kem Sepanggar telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Pertama Datuk Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman. Wakil PERNAMA yang turut hadir ialah Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil dan Penolong Pengurus Besar Operasi & Keusahawanan, Tn Hj Md Hassan bin Ibrahim.

Majlis Perasmian kedai PERNAMA Kem Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah Kedai PERNAMA Kem Sepanggar Datuk Syed Zahiruddin menurunkan tandatangan dalam upacara Perasmian kedai PERNAMA di Sepanggar






6. 'PERNAMA ICT FAIR 2009' Tawar Produk ICT Pada Harga Istimewa

“Kewujudan PERNAMA bukan sekadar untuk memberi khidmat kepada warga ATM, sebaliknya PERNAMA cuba membawa kelainan dengan mewujudkan program-program yang membawa pengisian ilmu,” kata Datuk Wahab dalam ucapan aluannya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada warga ATM di atas sokongan yang diberikan kepada PERNAMA selama ini.

Majlis Perasmian Program PERNAMA ICT Fair telah diadakan pada 20 Mei yang lalu di Dewan Dato’ Jamil, Kem Sungai Besi. Majlis disempurnakan oleh Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Raja Mohamed Affendi bin Raja Mohamad Noor.

Dalam ucapan perasmiannya, Lt Jen Dato’ Raja Mohamed Affendi bin Raja Mohamad Noor memuji inisiatif PERNAMA mengadakan ekspo seumpama ini.

PERNAMA ICT Fair 2009 telah berlangsung di Kem Sungai Besi bermula dari 20 hingga 22 Mei yang lalu melibatkan lebih 10 orang pembekal. Pelbagai program menarik telah di atur, selain daripada pameran dan jualan produk-produk ICT antaranya segmen BICARA IT yang mengupas topik-topik berkaitan era teknologi masa kini dan tayangan video pada sebelah malamnya.

Raymond (Compunation Technology) sedang memberikan penerangan kepada Panglima Medan Tentera Darat. Dato’ Raja Mohamed Affendi melihat produk yang dipamerkan sambil diperhatikan oleh Datuk Ab Wahab. Dato’ Raja Mohamed Affendi melihat produk yang dipamerkan sambil diperhatikan oleh Datuk Ab Wahab. Sekitar Pameran PERNAMA ICT Fair 2009.






7. PERNAMA Taja RM25,000.00 Setahun Biayai Senggaraan Bicuspid

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) memperuntukan RM25,000.00 setahun sebagai membiayai kos senggaraan Perkhidmatan Pergigian Bergerak atau lebih dikenali sebagai BICUSPID.

Memasuki tahun ke-6, Majlis penyerahan geran tahunan ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil kepada Pakar Pergigian 95 Hospital Angkatan Tentera, Brig Jen Dato’ Dr Hussin Zainal Abidin. Majlis telah diadakan di ibu pejabat PERNAMA Bukit Raja.

Dalam ucapannya, Pengurus Besar PERNAMA menyatakan hasrat PERNAMA dalam menyokong usaha yang telah diambil oleh Pengarah Pergigian serta semua Pegawai dan Staf Cawangan Pergigian untuk memberi perkhidmatan rawatan pergigian secara mobile terus kepada pelanggan sasar dan kepada mereka yang sangat memerlukan rawatan terutama yang berada jauh di luar kawasan klinik-klinik pergigian setempat.

Seramai 16 orang pegawai dan anggota dari Markas ATM Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Cawangan Pergigian hadir semasa majlis penyerahan geran tahunan oleh PERNAMA kepada PPATM pada 7 April yang lalu.

Datuk Ab Wahab Khalil menyampaikan geran tahunan kepada Bahagian Perkhidmatan Pergigian ATM






8. PERNAMA Majlis Pelancaran Program Motivasi & Kecemerlangan Anak-Anak & Warga ATM

Majlis Pelancaran Program Motivasi & Kecemerlangan Anak-Anak & Warga ATM bagi tahun 2009 telah sempurna diadakan pada 22 Mei yang lalu. Majlis yang diadakan di Dewan Ababil, Pangkalan Udara TUDM Subang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Dato’ Hjh Rositah binti Hj Md Mawi. Program anjuran bersama Jabatanarah Pendidikan Mindef dan PERNAMA membawa objektif untuk membantu prestasi anak-anak warga tentera di dalam pelajaran khasnya kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Pendidikan ATM, Brig Jen Dato’ Anuar bin Sabtu dan wakil-wakil Pengerusi serta Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan BAKAt ketiga-tiga perkhidmatan. PERNAMA diwakili oleh Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Abdul Wahab Khalil, dan Timbalannya, En Mohd Zaini bin Khalid.

Datuk Ab Wahab Khalil dalam ucapannya berkata, program kecemerlangan anak-anak dan warga ATM yang disusun setiap tahun telah menjadi acara tahunan PERNAMA sejak 15 tahun yang lalu. Setiap tahun, PERNAMA memperuntukkan lebih RM2 juta bagi menampung aktiviti-aktiviti kebajikan ATM dan ini termasuklah membiayai program-program meningkatkan kecemerlangan anak-anak anggota ATM.

”Pembiayaan ini meliputi warga dan keluarga ATM melalui penganjuran ceramah bimbingan yang dipanggil Seni Keibubapaan. Saban tahun PERNAMA telah mengagihkan sejumlah dana untuk tujuan ini kerana PERNAMA dengan seikhlasnya ingin membantu kepimpinan ATM dalam melonjakkan graf kecemerlangan di kalangan anak-anak warga ATM dalam bidang pendidikan dan pembangunan sahsiah diri,”

Antara program yang di atur dalam Projek Kecemerlangan Anak-Anak ATM adalah kem motivasi untuk anak-anak warga tentera yang akan menduduki peperiksaan SPM, PMR dan UPSR. Program lain termasuklah membiayai kelas-kelas tuisyen dan menganjurkan kem bina semangat, ’Summer Camp Wira Junior’.

Pada majlis itu juga, satu ceramah seni keibubapaan telah disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Abd Rani dari Perunding Fokus Budi kepada semua yang hadir sebagai salah satu usaha PERNAMA dalam membantu memantapkan institusi kekeluargaan dalam kalangan anggota tentera.

Dato’ Hjh Rositah menerima sumbangan tahunan dari Datuk Ab Wahab sambil diperhatikan oleh Pengarah Pendidikan ATM. Ceramah ’Seni Keibubapaan’ oleh Ustaz Sabri bin Abd Rani






9. Sukan Lasak 'Extreme Game' Di Kem Wardieburn

Sembilan lokasi lamaniaga PERNAMA di dalam kem seluruh negara telah dipilih untuk menganjurkan aktiviti sukan lasak ini kepada warga tentera dan keluarga. Lokasi penjelajahan sukan lasak ini telah berakhir di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 Januari yang lalu. Tarikh ini dipilih bersempena dengan hari ulangtahun 4 Divisyen.

Sebelum ini, sukan lasak ini telah diadakan di Kem Terendak (Melaka), Kem Gemas (Negeri Sembilan), Kem Desa Pahlawan (Kelantan), Kem Batu 10 Kuantan (Pahang), Pangkalan TLDM Lumut (Perak), Kem Mahkota Kluang (Johor), Kem Lapangan Terbang Sungai Petani (Kedah) dan Pangkalan TUDM Subang (Selangor).

Perasmian aktiviti sukan lasak di Kem Wardieburn telah diadakan pada 24 Januari dan disempurnakan oleh Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Dato’ Zulkiple bin Kassim, bersama isteri.

Aktiviti yang diatur adalah seperti flying fox, wall climbing dan paint ball. Dianggarkan hampir 1500 anggota dan keluarga telah datang memeriahkan aktiviti ini sepanjang 3 hari ianya diatur. Acara paling mendapat sambutan adalah pertandingan paint ball di mana pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Pertandingan paint ball telah dibahagiakan kepada Pertandingan antara Unit (Lelaki), Pertandingan antara BAKAT (pasukan) dan Pertandingan antara VIP (4 pasukan). Pertandingan antara VIP terdiri daripada Tim Panglima 4 Div, Tim Panglima 11 Briged, Tim Panglima 12 Briged dan Tim KS Mk 4 Div. Kesemua pasukan diketuai oleh panglima masing-masing.

 
Quick Jump to: