ABOUT US

PENYATA UTUSAN

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ditubuhkan untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekas anggota ATM dan anggota sukarelawan  ATM dengan penyediaan rangkaian kedai runcit di seluruh negara pada kadar harga yang berpatutan lagi terkawal berlandaskan pengurusan yang cemerlang dan berwibawa dan sentiasa prihatin akan kehendak persekitaran.

VISI

Menjadikan PERNAMA sebuah organisasi peruncitan yang cemerlang, berwibawa dan prihatin akan kehendak persekitaran dan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemegang sahamnya.

MISI

Memberi khidmat yang sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui rangkaian khidmat runcit di seluruh negara dengan penyediaan barangan (produk jualan) pada kadar harga yang berpatutan lagi terkawal.

PROFIL KORPORAT

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ialah sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Ia ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 untuk menjalankan aktiviti perniagaan jualan peruncitan, pengedaran, pemborongan, import-eksport, sewa-beli barangan dan juga menyediakan perkhidmatan pengurusan. PERNAMA telah ditubuhkan pada 7 Julai 1983 menurut Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1983.

PERNAMA telah mengambil alih sepenuhnya operasi pernigaan runcit NAAFI (Navy, Army and Air Force Institute) sejak bulan Julai 1983 yang ketika itu mempunyai rangkaian 35 buah kedai. Sejak mendapat kebenaran kerajaan mengurus tadbir urusan perniagaan di dalam kem ATM pada tahun 2000, PERNAMA sehingga Disember 2010 mengendalikan 69 buah kedai PERNAMA, 17 Lamaniaga PERNAMA, 13 Mini Lamaniaga dan 561 lot-lot perniagaan.

Sebahagiaan daripada barang-barang yang dijual oleh PERNAMA menikmati duti dan cukai yang dikecualikan oleh Kerajaan di bawah Butir III, Perintah Duti Kastam (Pengecualian)(Pindaan) (No.4) 2001, Perintah Duti Eksais (Pengecualian) (Pindaan) (No.10) 2001. Barangan bebas cukai ini terbahagi kepada dua (2) kumpulan:

  • Barangan import yang dikecualikan dari duti kastam dan cukai jualan
  • Barangan yang diperbuat di dalam negeri dikecualikan dari duti eksais dan cukai jualan

Pengecualian ini tidak lagi relevan disebabkan terhapus dan terhakisnya duti-duti dari tahun ke setahun terhadap kebanyakan barangan yang dimaksudkan.

Kerajaan telah menetapkan lima belas (15) jenis barangan yang telah diberikan pengecualian duti dan cukai sebagai barangan kawalan. Barang-barangan ini hanya boleh dibeli sekali dalam masa tiga (3) tahun oleh setiap anggota tentera.

Empat (4) golongan pelanggan yang dibenarkan membeli barangan bebas cukai di kedai PERNAMA. Mereka tergolong dari anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga dan juga anggota Angkatan Tentera Komanwel. Berkuat kuasa 27 September 2011, bekas anggota ATM (Pesara Tentera) dan anggota sukarelawan ATM (Askar Wataniah) dibenarkan membeli-belah di rangkaian kedai PERNAMA dan menikmati kemudahan membeli barangan bebas cukai yang sedia ada.

Semasa penubuhan PERNAMA pada tahun 1983, LTAT telah melabur sebanyak RM 11.9 juta di dalam PERNAMA dan telah menambah pelaburan sebanyak RM 8.1 juta dalam tahun 1984 untuk menjadikannya sebanyak RM 20 juta. Dalam tahun 1989, LTAT menambah lagi modal PERNAMA sebanyak RM 5.0 juta. Sehingga Disember 2010, modal berbayar PERNAMA kekal sebanyak RM 25.0 juta.

CARTA ORGANISASI PERNAMA

 

LEMBAGA PENGARAH PERNAMA

PENGERUSI

YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Haji Zainal (B)

PGAT, PMN, PSM, PSAT, SPMP, SSDK, SSAP, SIMP, SPTJ, SPKKSPTS, DSAP, DIMP, DHMS, DGMK, PAT, JMN, KAT, AMNDPKT (Brunei), PLOH (Philippines), mpatpsc, MM (AIM), Manila Hon PhD (Mgmt) (UMS), Hon PhD (Mgmt) (UNITAR)

AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin

PGAT, PMN, PSM, PJN, SSDK, DHMS, SSAP, SIMP, SPTS, SPMP, SPMS, SSTM, SPMK,SPKK, SPMT, DPPN, PSAT, DGMK, DSDK, DPKK, DMSM, PMW, PAT, JMN, SDK, KMN, AMK, ASK, Legion of Honor (Phil), DPKT (Brunei), Kartika Eka Paksi Utama (Indon), Yudha Dharma Utama (Indon), AMIM, Msc (NDU), mpat lmt psc

YBhg. Datuk Zulkafli bin Abdul Karim

P.M.W

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Lodin bin Wok Kamaruddin

PSM, SPMP, SPSK, DSAP, DPMP, KMN, SMP, PMP, ASK, AMP, PPT, Chevalier de la Legion d’Honneur, Hon LL. D (University of Nottingham – UK)

YBhg. Dato’ Baharuddin bin Haji Musa

DIMP, JSM, KMN

YBhg. Mej Jen Dato’ Azizan bin Md Delin

PSAT, DPKK, DPMK, DSPN, PAT, JSM, SDK, KMN, AMK, AAP, Lemhannas (Indonesia), Ctf-Ndu, PSC, MA (Monterey CA), LL.B Hons (UITM)

JAWATANKUASA AUDIT LEMBAGA

PENGERUSI

YBhg. Dato’ Baharuddin bin Haji Musa

DIMP, JSM, KMN

AHLI

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Lodin bin Wok Kamaruddin

PSM, SPMP, SPSK, DSAP, DPMP, KMN, SMP, PMP, ASK, AMP, PPT, Chevalier de la Legion d’Honneur, Hon LL. D (University of Nottingham – UK)

Skim KASUMA

Beli barangan dan perhidmatan yang ditawarkan di PERNAMA melalui skim Kredit Ansuran Mudah PERNAMA (KASUMA) dan bayaran balik dibuat melalui potongan gaji bulanan.

Kelebihan ::

  • Kelulusan pantas
  • Tanpa penjamin
  • Tanpa deposit/wang pendahuluan
  • Bayaran balik yang fleksibel (Sehingga 5 tahun)
  • Tanpa penjamin

Skim Akaun Keluarga

Beli barangan keperluan harian anda di PERNAMA, dan bayaran dibuat secara bulanan di kedai PERNAMA. Skim ini ditawarkan khas untuk warga ATM dan ahli keluarga sahaja

Sistem KUTU

Sistem KUTU menawaran pembelian barangan kaca berjenama dengan pembayaran dibuat melalui kaedah ‘KUTU’. Sistem ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan isteri anggota tentera yang merupakan ahli BAKAT. Antara produk ditawarkan adalah:-

  • Vantage
  • Corningware
  • Visions
  • Corelle
  • Pyrex
  • Glass & stoneware products

Lebih banyak pilihan produk akan ditawarkan semasa taklimat/ perjumpaan khas dengan ahli-ahli BAKAT dari semasa ke semasa.

Kelayakan Pembelian

  • Terbuka kepada semua  ahli BAKAT/isteri tentera
  • Pembelian maksimum RM7,500.00 bagi satu-satu tempoh perjanjian

Kaedah Pembayaran

  • Bayaran balik dalam tempoh 10 bulan
  • Bayaran dibuat secara bulanan di kedai-kedai PERNAMA

Takaful Ma'asyi

PELAN TAKAFUL BERKELOMPOK

Angkatan Tentera Malaysia

TAKAFUL MA’ASYI

 

1.0      PENGENALAN

Pelan perlindungan Takaful Berkelompok berkonsepkan perkongsian keuntungan (Al-Tabarru’ dan Al-Mudarabah) sambil menyimpan dengan pelbagai keistimewaan disediakan.

Pelan ini merupakan satu bentuk perlindungan insurans yang bukan sahaja bertindak memberi perlindungan kepada pencarum dalam sebarang kemungkinan tetapi ianya mempunyai elemen simpanan menabung untuk pencarum.

Ini bermakan pencarum akan memperolehi menafaat khas persaraan yang berupa peluan caruman beserta keuntungan apabila pencarum (ahli) mencapai had matang penyertaan.

 

2.0      KELAYAKAN

Terbuka kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga yang berumur 18 hingga 55 tahun

 

3.0      KEISTIMEWAAN

Pelan perlindungan Takaful Berkelompok ini menyediakan manafaat persaraan yang merangkumi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal serta elaun hospital.

KEISTIMEWAAN PELAN PERLINDUNAGN INI:-

3.1             Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

3.2             Satu kadar yang sama untuk semua peringkat umur.

3.3             Caruman pelan ini jauh lebih rendah berbanding dengan polisi perlindunagn biasa individu.

3.4             Amaun perlindungan dua kali ganda akan diberikan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

3.5             Pulangan caruman

 

4.0      PERLINDUNGAN

Dengan hanya potongan gaji minimum RM12.00 sebulan ahli  akan menikmati perlidungan berikut:-

4.1             Kematian biasa.

4.2             Kematian akibat kemalangan.

4.3             Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan (akibat penyakit atau kemalangan)

 

4.3.1     Definasi Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan bermaksud hilang upaya seluruh anggota badan yang menghalang orang berkenaan daripada menjalankan apa-apa jua tugas atau pekerjaan.  Skop ini diperluaskan meliputi :–

  • putus pada pergelangan kedua-dua tangan ; atau
  • putus pada pergelangan kedua-dua kaki ; atau
  • putus pada pergelangan satu tangan dan satu kaki ; atau
  • hilang seluruh penglihatan kedua-dua mata ; atau
  • hilang upaya atau lumpuh seluruh tubuh badan.

4.3.2        Bayaran manfaat takaful di bawah skop ini tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut :-

  • Tarikh mula keilatan seluruh tubuh badan berlaku sebelum ahli mencapai umur 60 tahun.
  • Keilatan berterusan tanpa gangguan selama 6 bulan.Sekiranya ahli layak di bawah kedua-dua skop perlindungan di atas, manfaat akan dibayar di bawah satu skop sahaja iaitu yang mana lebih besar.

 

4.4             Keilatan kekal sebahagian (akibat kemalangan sahaja)

Skop perlindungan ini memberi Bayaran Manfaat Takaful mengikut peratusan daripada amaun perlindungan, jika keilatan kekal berlaku akibat kemalangan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kejadian kemalangan tersebut. Jumlah peratusan yang akan dibayar adalah seperti dinyatakan dalam jadual berikut (Partial Disablement) :–

 

Keilatan Kekal Sebahagian Keterangan Jumlah Peratusan Dibayar
Hilang Sebelah Tangan Pada bahu 100%
Di antara bahu dan siku 100%
Pada siku 100%
Di antara siku dan pergelangan tangan 100%
Pada pergelangan tangan 100%
Hilang Sebelah kaki Pada pangkal peha 100&
Diantara lutut hingga pangkal paha 100%
Dibawag paras lutut 100%
Hilang mata Keseluruhan 100%
Penglihatan 100%
Penglihatan kecuali persepsi cahaya 50%
Kanta 50%
Hilang 4 Batang Jari dan Ibu Jari Sebelah tangan 50%
Hilang 4 batang jari 40%
Hilang ibu jari kedua-dua ruas 25%
Hilang ibu jari satu ruas 10%
Hilang jari telunjuk Ketiga-tiga ruas 10%
Kedua-dua ruas 8%
Satu ruas 4%
Hilang jari hantu Ketiga-tiga ruas 6%
Kedua-dua ruas 4%
Satu ruas 2%
Hilang jari manis Ketiga-tiga ruas 5%
Kedua-dua ruas 4%
Satu ruas 2%
Hilang jari kelinking Ketiga-tiga ruas 4%
Kedua-dua ruas 3%
Satu ruas 2%
Hilang tulang tapak tangan Pertama atau kedua (tambahan) 3%
Ketiga, keempat atau kelima (tambahan) 2%
Hilang jari kaki Kesemua 15%
Ibu jari kedua-dua ruas 5%
Lain-lain kaki sekiranya lebih dari sebatang, tiap-tiap satu 1%
Hilang pendengaran Kedua-dua telinga 75%
Satu telinga 15%
Hilang kuasa pertuturan 50%

 

NOTA : Sekiranya jenis keilatan tidak disenaraikan dalam jadual di atas, maka pihak insurans berhak menentukan peratusan yang difikirkan seimbang dengan manfaat. Hilang upaya kekal mana-mana anggota badan akan dikira sebagai kehilangan anggota badan tersebut.

 

4.5             Ekaun wad harian hospital akibat kemalangan.

4.6             Khairat kematian (Belanja Pengebumian) untuk ahli dan suami atau isteri.

 

5.0          ILUSTRASI PERLINDUNGAN TAKAFUL MA’ASYI

Kes-Kes Tuntutan Manfaat Pampasan Elaun Wad Harian Belanja Perubatan Belanja Khairat
Kematian – akibat kemalangan DILINDUNGI N/A N/A DILINDUNGI
Kematian – akibat penyakit DILINDUNGI N/A N/A DILINDUNGI
Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan – Akibat Kemalangan DILINDUNGI DILINDUNGI DILINDUNGI N/A
Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan – Akibat Penyakit DILINDUNGI (TIDAK) (TIDAK) N/A
Keilatan Sebahagian – 

Akibat Kemalangan

DILINDUNGI DILINDUNGI DILINDUNGI N/A
Keilatan Sebahagian – 

Akibat Penyakit

(TIDAK) (TIDAK) (TIDAK) N/A

Manfaat Perlindungan Takaful Berkelompok ATM – Takaful Ma’asyi (RM)
Bilangan Unit 3 4 5 6 7 8 9 10
Kematian (D) 12,000 16,000 20,000 24,000 28,000 32,000 36,000 40,000
Kailatan Kekal Seluruh Tubuh Badan 12,000 16,000 20,000 24,000 28,000 32,000 36,000 40,000
Keilatan Kekal Akibat Kematian (PA) 12,000 16,000 20,000 24,000 28,000 32,000 36,000 40,000
Kematian Akibat Kemalangan (AD) 24,000 32,000 40,000 48,000 56,000 64,000 72,000 80,000
Alaun Wad harian Hospital Akibat Kemalangan (HBA) – (Maksimum 60 hari) 15 20 25 30 35 40 45 50
Belanja Perubatan Akibat Kemalangan (ME) Tuntutan tidak melebihi RM500 bagi setiap kes
Belanja Kebumi (FE) 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000
Belanja Kebumi Pasangan (FE) 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000

 

6.0          HAD CARUMAN

Caruman takaful bulanan bagi satu (1) unit adalan RM4.00. Jumlah minimum yang boleh disertai adalah tiga(3) unit atau bersamaan RM12.00 sebulan. Jumlah unit maksimum adalah sepuluh (10) unit bagi setiap ahli. Jumlah unit suami atau isteri tidak boleh melebihi unit yang disertai ahli.

JUMLAH CARUMAN
Unit Caruman (RM) Unit Caruman (RM)
3 12,000 sebulan 7 28,000 sebulan
4 16,000 sebulan 8 32,000 sebulan
5 20,000 sebulan 9 36,000 sebulan
6 24,000 sebulan 10 40,000 sebulan

 

KEAHLIAN PELAN BERKELOMPOK
Kumpulan & Cara Bayaran Caruman
Rekrut Melalui Potongan Gaji Bulanan
Pegawai Kadet Melalui Potongan Gaji Bulanan
Anggota Tetap Melalui Potongan Gaji Bulanan
Anggota Kerahan Melalui Potongan Gaji Bulanan
Suami atau Isteri Melalui Potongan Gaji Bulanan Ahli

 

7.0          JADUAL KADAR PULANGAN (ANGGARAN)

Tempoh Caruman (Tahun) Pulangan Caruman (%)
3 – 5 36 – 40
5 – 10 40 – 70
10 -15 70 – 90
15 – 20 90 ke atas

Ilustrasi kadar pulangan caruman  (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)

 

8.0          SOAL JAWAB :

Soalan:         Apakah maksud ‘Elaun Harian’?

  • Jawapan:      Bayaran ‘Elaun’ sebanyak RM15 ke RM50 semalam apabila peserta Peserta Masuk Wad, mana-mana hospital akibat kecederaan kemalangan.

 

Soalan:         Definasi Keilatan Kekal?

  • Jawapan:      Sla rujuk penjelasan terperinci di mukasurat didalam.

 

Soalan:         Bilakah perlindunagn saya bermula?

  • Jawapan:      Dari Tarikh borang permohonan diterima dan disahkan oleh PERNAMA.

 

Soalan:         Bagaimana jika saya menpuyai insurans lain?

  • Jawapan:      Segala pampasan tetap dibayar walaupun anda mempunyai polisi insuran dengan syarikat lain.

 

Soalan:         Bagaiman cara pembayaran?

  • Jawapan:      Melalui potongan gaji bulanan.

 

Soalan:         Bagaimana cara membuat tuntutan?

  • Jawapan:      Sila hubungi kedai PERNAMA terdekat jika ada kesulitan bolehlah hubungi kami di talian 03-3341 0572 atau faks pemberitahuan 03-3342 3111/03-3341 9696. Sila tandakan “Tuntutan Takaful Ma’asyi”

 

Soalan:         Bolehkah isteri atau suami saya diberi perlindungan?

  • Jawapan:      Boleh. Anda boleh mempunyai diri dan suami anda di bawah satu plan dengan syarat anda hendaklah terlebih dahulu menjadi ahli.

 

Soalan :        Bagaimana cara memohon menjadi ahli?

  • Jawapan:      Borang permohonan boleh diperolehi dari kedai-kedai PERNAMA di seluruh negara atau pejabat PERNAMA. Jika anda sihat dan tiada kecacatan anggota, penerima sebagai ahli adalah dijamin.

 

9.0 UNTUK KETERANGAN LANJUT

  • Sila kunjungi kedai PERNAMA berhampiran
  • Hubungi talian; 03-33410572
  • Email; pn19120@pernama.com

Kedai Bersekutu (Affliated Shops)

Untuk mempelbagaikan lagi rangkaian produk di PERNAMA, kerjasama antara kedai-kedai luar yang dilantik sebagai Kedai Bersekutu PERNAMA terus dikembangkan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedai Bersekutu PERNAMA termasuklah:-

  • Pembaikan dan perkhidmatan kenderaan
  • Barangan Perabot
  • Barangan Komputer
  • Telefon Bimbit
  • Barangan daripada ‘Courts Mammoth’
  • Lesen memandu
  • Barangan dan Peralatan Sukan

Skim Motorsikal

Pembelian Motorsikal melalui skim KASUMA..

Kelayakan permohonan :

  • Terbuka kepada semua Warga ATM termasuklah Anggota Sukarela (Wataniah).
  • Tanpa wang pendahuluan
  • Hanya satu (1) penjamin diperlukan
  • Pinjaman maksimum sehingga RM10,000.00

Insuran Motor

Anggota ATM dan pelanggan awam boleh memperbaharui polisi insuran menggunakan kemudahan yang disediakan di kedai-kedai PERNAMA. Perkhidmatan ini disediakan di semua cawangan kedai-kedai PERNAMA

Pelanggan yang ingin memperbaharui/membeli polisi ini perlu membawa dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan BAT C 10 atau Kad Pengenalan
  • Kad Pendaftaran JPJ (Salina nasal) beserta 2 salinan fotokopi
  • NCB atau polisi insurans sedia ada

Sekiranya permohonan dibuat menerusi Skim KASUMA, polisi ‘cover note’ akan diserahkan selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Kawalan Kredit. Kelebihan pembaharuan melalui Skim KASUMA :-

  • Pembayaran dibuat melalui Skim KASUMA menerusi potongan gaji bulanan.
  • Tempoh bayaran balik adalah 12 bulan

'Pesan & Beli' Direct Mail Scheme

Goods are also sold on ‘Pesan & Beli’ (Rain cheque basis) and Direct Mail Schemes. wide range of goods not regular to our line are also being offered.

Benefits:-

  • Customer are able to purchase goods at their convenience.
  • Multi choice of payment – cash, credit card and KASUMA

Delivery Service

Customer delivery service is now made available at all PERNAMA stores. The service is meant for heavy electrical goods only.

Further information

Customers are required to contact PERNAMA Shop Manager for further detailed.

Charges

  • Delivery within military camp area – FREE
  • 20km perimeter – RM20.00
  • 20km and above – at an agreed rate.
Kaedah Pembayaran

Selain tunai, PERNAMA juga menerima pembayaran melalui:-

1. Kad Kredit – terdapat di kedai-kedai PERNAMA terpilih sahaja.


2. Skim KASUMA

Skim KASUMA membolehkan anggota ATM membeli barangan elektrikal dan barangan rumah secara kredit. Pembayaran dibuat melalui potongan gaji bulanan anggota ATM. Tempoh pembayaran adalah sehingga maksimum 60 bulan.


3. Akaun Keluarga

Skim ini membolehkan anggota ATM dan keluarga membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai PERNAMA. Pembayaran di buat secara bulanan di kedai-kedai PERNAMA.


4. Skim Bayaran Mudah - Easy Payment Scheme (EPS)

Pembelian melalui Skim Bayaran Mudah juga dibenarkan di PERNAMA. Bayaran perlu dibuat menerusi post-dated cheques, dengan enam kali pembayaran yang sama nilai.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN BANJIR DARI PERNAMA KEPADA ATM

 Majlis penyerahan bantuan banjir dari PERNAMA kepada ATM telah diadakan pada 23 Januari 2014, bertempat di Dewan Serbaguna 12 RAMD (MEKANIZE) Kem Batu 10, Kuantan, Pahang. Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B). Turut hadir pada majlis tersebut adalah Y.Bhg Mej Jen Dato’ Sheikh Mohsein Sheikh Hassan, Panglima 3 Divisyen, Y.Bhg Brigadier Jeneral Ahmad Tajudin Abdul Ghani, Panglima 4 Briged (Mekanize), Y.Bhg Brigadier Jeneral Dato’ Hj Mohammad Salleh Hj Osman, Komander Pangkalan Udara Kuantan, Y.Bhg Dato’ Pahlawan Mohd Roslan Ramli, Panglima Wilayah Laut 1 dan Y.Bhg Datuk Ab Wahab Khalil, Pengurus Besar PERNAMA.

 

 

 

 

Majlis Penyerahan Kalendar PERNAMA 2014 kepada ATM

Kuala Lumpur, 16 Disember. Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato‘ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (B) menyampaikan kalendar PERNAMA 2014 kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato‘ Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak hari ini.

 

Tema kalendar PERNAMA 2014 menonjolkan Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Lambang Kedaulatan Angkatan Tentera Malaysia yang dilihat bertepatan dengan senario negara masa kini.

 

Penghasilan kalendar 2014 bertujuan berkongsi aspek keunikan penganugerahan Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagai penghormatan kepada wira-wira negara yang berjuang demi keamanan tanah air termasuklah yang terbaharu, Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

 

Setiap tahun sejak 1992 lagi, PERNAMA tampil dengan daya usaha dan inisiatif tersendiri dengan menghasilkan kalendar yang menerapkan pelbagai aktiviti berkaitan Angkatan Tentera Malaysia. Dengan penghasilan kalendar ini, PERNAMA berharap ianya dapat memberi manfaat serta maklumat penting kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia.

Konvensyen Pengurusan PERNAMA 1/2012

 Konvensyen Pengurusan PERNAMA 1/2012 telah diadakan pada 12 hingga 14 Januari 2012, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting. Seramai hampir 120 orang kakitangan PERNAMA terdiri daripada kakitangan kumpulan pengurusan dan Penguasa-Penguasa Kedai PERNAMA hadir pada konvensyen kali ini.

Tema konvensyen kali ini adalah Good To Great – Produktiviti Melalui Pematuhan dan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil.

Peserta Konvensyen Pengurusan PERNAMA 1/2012

 

Pengurus Besar dalam ucapan perasmiannya

 

Sebahagian Penguasa Kedai sedang mendengar taklimat yang diberikan

 

Kusyuk mendengar taklimat

 

ABE Terbaik 2011 – En Mazlan Mokthar

Aktiviti KSK PERNAMA - Lawatan dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Utusan dengan PERNAMA

 Aktiviti ini telah diadakan pada 12 November 2011 bertempat di Kompleks Sri Utusan, Bangi. Rombongan PERNAMA tiba jam 10.00 pagi dan aktiviti dimulakan dengan lawatan ke tempat percetakan akhbar dijalankan. Seterusnya adalah acara Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara PERNAMA FC dan Utusan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Utusan kerana sudi menerima rombongan PERNAMA pada hari tersebut.

Kakitangan PERNAMA dan Utusan bergambar kenangan di hadapan pejabat Sri Utusan

Wakil Utusan menerangkan sesuatu kepada kakitangan PERNAMA

Melihat sekitar kawasan percetakan akhbar

Pasukan Utusan (jersey kelabu) vs PERNAMA FC (jersey biru)

Bertukar-tukar cenderahati (PERNAMA kepada Utusan)

Bertukar-tukar cenderahati (utusan kepada PERNAMA)

Untuk gambar-gambar lanjut, boleh layari Facebook Perwira Niaga Malaysia.

Majlis Perasmian Kompleks Mutiara PERNAMA Kem Syed Sirajuddin Gemas

 Majlis Perasmian Kompleks Mutiara PERNAMA Kem Syed Sirajuddin Gemas telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 26 September 2011. Pada majlis tersebut, YB Menteri Pertahanan telah merasmikan, dan membuat lawatan ke bangunan Kompleks Mutiara PERNAMA Gemas. Beliau seterusnya menyampaikan saguhati kepada saudara-saudara baru dan mengagihkan pemberian duit raya kepada  Kanak-kanak PPDK dan kanak-kanak tadika Kem Syed Sirajuddin Gemas.

YB Menteri Pertahanan menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian KMG

 

Datuk Ab Wahab, Pengurus Besar PERNAMA (kiri) memberikan penerangan berkaitan produk prihatin kepada YB Menteri Pertahanan sambil diperhatikan oleh Pengerusi PERNAMA

YB Menteri Pertahanan melihat seorang anggota menggunakan Kiosk LTAT di PERNAMA

Sesi beramah mesra bersama kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)

Pemberian cenderahati kepada saudara baru

Pemberian duit raya kepada kanak-kanak tadika Kem Syed Sirajuddin Gemas

Sports Equipment Presentation by PERNAMA to MALBATT IV (UNIFIL)

 15th Sep 2011 – PERNAMA bid farewell to our UN soldiers (Malbat IV) leaving for Lebanon duty by presenting various  sports equipment. It would help occupy their time while serving there. This has been our dedicated role and continuous support since our existence. We had also on previous occasions put up outlets at UN bases in Cambodia and Bosnia to provide closer service where possible.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim 2011 telah diadakan pada 16 Ogos 2011, bersamaan 16 Ramadhan 1432H. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Sungai Manggis Banting telah diraikan pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Jemputan dan seterusnya berbuka puasa dan berakhir dengan solat terawih berjemaah serta moreh.

Kakitangan PERNAMA menyambut mesra ketibaan rombongan daripada Rumah Anak-Anak Yatim Kg. Sg. Manggis

 

Berkumpul Di Bilik Latihan PERNAMA untuk mendengar tazkirah

Sedang menikmati menu berbuka puasa

Pengagihan duit raya dan goodie bag daripada PERNAMA

 

Sumbangan mesin basuh untuk Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Sungai Manggis, Banting

 

Sumbangan derma hasil kutipan daripada kakitangan PERNAMA

Sambutan Hari Keluarga PERNAMA 2011

Sambutan Hari Keluarga PERNAMA 2011 telah diadakan pada 16 Julai 2011 bertempat di Desa Waterpark, Kuala Lumpur. Sambutan Hari Keluarga yang bertemakan ‘Sepakat Membawa Berkat’ ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Ab Wahab Khalil, Pengurus Besar PERNAMA dan dihadiri oleh semua kakitangan ibu pejabat dan keluarga, kakitangan Lembah Klang dan keluarga serta Pegawai Dagang Daerah seluruh negara.

Datuk Ab Wahab (tengah)  merasmikan Sambutan Hari Keluarga PERNAMA 2011 disaksikan oleh Presiden KSK,        En Faizul Azwan (kanan) dan En Faizal (kiri).

Bersama-sama Pegawai Dagang Daerah yang hadir

Acara Sukaneka Kanak-Kanak

Kanak-kanak gembira merebut hadiah yang terdapat di dalam belon

Aktiviti sukaneka untuk kakitangan

Acara kemuncak, Pertandingan Tarik Tali dalam air

yeay, kami juara!

Menjulang hadiah kemenangan

Lagi gambar-gambar Sambutan Hari Keluarga PERNAMA 2011 di facebook Perwira Niaga Malaysia.

Sambutan Hari Ulangtahun PERNAMA ke-28

7 Julai 2011. Sambutan telah diadakan di Ibu Pejabat PERNAMA Bukit Raja, Klang. Majlis Pemotongan Kek Ulangtahun telah disempurnakan oleh Pengurus besar PERNAMA, YBhg Datuk Ab Wahab Khalil disaksikan seluruh warga kerja PERNAMA HQ.

Majlis Pelancaran Program Satu Keluarga ATM, Satu Komputer - IGG 8/2011

Majlis Pelancaran Program IGG 8/2011 telah diadakan pada 29 Jun 2011 bertempat di Bilik Teratai, Wisma Pertahanan. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin.

Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran tersebut.

Pelancaran IGG 8/2011 oleh PAT

Ucapan oleh Datuk Ab Wahab Khalil, Pengurus Besar PERNAMA

Antara jemputan yang hadir pada majlis pelancaran tersebut

Antara pembeli laptop  IGG 8/2011

Handing over of PERNAMA Annual Grant to Bahagian Perkhidmatan Pergigian ATM

Thursday, 24th March 2011 – Handing over of PERNAMA Annual Grant to Bahagian Perkhidmatan Pergigian ATM. The occasion was held at PERNAMA Head Office, Bukit Raja Klang. The RM50,000.00 cheque was handed over by PERNAMA’s General Manager, Datuk Ab Wahab Khalil. The amount was to sponsor yearly maintenance of the ATM Mobile Dental Unit. It was received by ATM Dental Director Mej Jen Dato’ Dr Sukri Hussin.

PERNAMA started giving the grant since 2003. This is the 8th consecutive year. PERNAMA initially gave Rm25,000.00, but increased it to RM50,000.00 since 2010.